Monday, 26 November 2012

Ujian Tuhan Adalah Tanda Kasihnya

Kita sudah mengetahui Tuhan itu bukan kejam. Dia membuat sesuatu dengan sebab. Sebab yang tidak kita ketahui sekiranya tidak berfikir dan mengambil iktibar.Sekarang, kita lebih mendalami apa sebenarnya tujuan Tuhan menguji kita.

Kenapa Kita Diuji?

  • Menunjukkan tahap keiman kita
Kenapa peperiksaan perlu dibuat di sekolah? Ini kerana, guru hendak tahu sejauh mana kita memahami apa yang diajar dalam tempoh tertentu. Jika kita benar-benar faham dan fasih, kita lulus. Jika kita tidak boleh fokus dan bersungguh-sungguh, kita gagal.

Tanpa ujian, bukan bermakna Tuhan tidak tahu tahap iman kita. Dia tahu tetapi kita tidak tahu. Contohnya, seseorang hendak menguruskan badan. Dia memerlukan penimbag berat badan bagi menimbang sama ada beratnya berkurangan daripada semasa ke semasa ataupun tidak. Jika tidak ada penimbang, dia mungkin tidak berpuas hati kerana tidak dapat melihat hasilnya.

Begitu juga dengan iman. Tuhan menguji seseorang bagi melihat tahap keimanan hamba-Nya. Kita tidak tahu sama ada iman kita semakin meningkat ataupun menurun sekiranya tidak diuji. Tuhan tidak menguji seseorang dengan sia-sia sebaliknya kerana Dia sayang akan hamba-Nya. Dia hendak menyelamatkan kita daripada azab neraka.

  • Meningkatkan kedudukan kita disisi Allah
Apabila kita sudah mengetahui dimana sebenarnya kita di sisi Tuhan, kita cuba menjadikannya lebih tinggi. Mehnah dan tribulasi mengajar kita menjadi lebih matang. Apabila situasi yang sama berlaku kali kedua, kita sudah ada persediaan dan tahu cara menghadapinya.

Ujian seperti angin dan iman kita seperti layang-layang. Semakin kuat angin, semakin tinggi layang-layang. Semakin banyak ujian yang menimpa kita, semakin tinggi keduduakn kita disis Allah.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad pernah mengatakan, "Tuhan tidak melihat rupa paras ataupun kekayaan kita, tetapi dia melihat hati dan amalan kita bagi menetukan kedudukan manusia di sisi-Nya."

"Allah tidak menguji seseorang melainkan dengan kemampuannya"

Allah tidak mahu kita sesat, tetapi sekiranya kita melihat jalan yang betul dan hanya pada-Nya tidak ada lagi keraguan, kita tidak nampak kesusahan itu. Dalam hidup ini pun, kita berpegang pada, "Tidak ada jalan mudah menuju kejayaan."Usaha para Nabi menyampaikan amanah Allah dahulu pun tidak pernah mudah.


  • Ajaran terus daripada Allah
Hidup ini adalah proses pembelajaran. Kita tidak belajar apa-apa daripada perkara yang kita sudah tidak tahu. Kadang-kadang kita menganggap segala perkara juga susah kerana kita belum tahu membuatnya. Sekiranya belum tahu, bagaimana hendak berhadapan dengan situasi itu? Segalanya menjadi mudah sekiranya kita tahu, bukan?

Sekiranya takdir itu bermakna hanya dengan sekali mencuba, kita tidak mendapat rasa nikmat mentol, telefon, kapal terbang, komputer, kereta dan segala kemudahan yang kita kecapi pada hari ini. Ini kerana kebanyakkan ciptaan-ciptaan itu tidak terhasil pada cubaan yang pertama, malah yang ratusan kali.

Ujian adalah didikan terus daripada Tuhan. Ini kerana supaya kita menjadi lebih baik, mantap, berilmu dan bersedia menghadapi dugaan kehidupan yang lebih mencabar lagi.

No comments:

Post a Comment