Tuhan itu satu dan tidak lebih daripada satu. Agama-agama lain yang menolak logik ini sebenarnya salah faham. Mereka menganggap malaikat-malaikat itu sebagai Tuhan. Contoh-contohnya, penganut Hindu mempercayai jelmaan Tuhan.
Tiga dewa jelmaan Tuhan ini dikenali sebagai Trimurti (Tiga Penjelmaan) iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Sebenarnya mereka menamakan Tuhan mereka dengan malaikat yang menjalankan urusan Tuhan yang tertentu.
Dalam Islam, malaikat-malaikat itu yang sebenarnya dipertanggungjawabkan bagi menguruskan sebahagian kuasa Tuhan. Sekiranya tuhan itu maha berkuasa, kenapa Dia memerlukan malaikat? Tuhan tidak dapat membuat semua kerja sendirikah?
Tidak, Tuhan dapat membuat segala-galanya sendiri. Tuhan mencipta malaikat kerana itu prosedur pengurusan alam. Bukan Tuhan tidak mampu, sebaliknya kerana kemampuan Tuhanlah, Dia mencipta malaikat-malaikat bagi menjalankan urusan-urusan.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad terjatuh kerana kelaparan. Malaikat Jibril melihatnya dan cuba membantu kerana kasihan dengan keadaannya. Dia cuba menghulurkan bantuan, tetapi Nabi menolak.
Nabi Muhammad mengatakan baginda tidak meminta selain daripada Allah. Baginda hendak meminta diberi suatu hari merasai kenyang dan suatu hari merasai lapar. apabila kenyang, baginda bersyukur. Apabila lapar, baginda tidak lupa pada Allah.
Sunday, 19 June 2011
Tuhan yang Satu?
Kenapa Tuhan kita satu?
Kenapa Tuhan orang lain ada dua, tiga dan lebih daripada itu?
Bukankah Tuhan yang banyak itu lebih bagus daripada yang satu?
Tuhan itu satu. Sekiranya banyak, itu bermakna Tuhan tidak sempurna. Semakin banyak Tuhan, semakin berkuranglah kuasa Tuhan itu kerana terpaksa dibahagi-bahagikan sama rata.
Pemimpin juga hanya satu.Sultan cuma seorang. Perdana Menteri seorang. Ketua kelas juga seorang. Ketua kumpulan bagi projek kelas pun cuma seorang.Cuba bayangkan sekiranya terdapat dua ketua dalam kumpulan. Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Ada sahaja idea yang berlainan dan bertentangan. Mungkin kedua-duanya masih dapat bersetuju. Tetapi ia tidak terjadi pada setiap masa.
Tuhan menyebut Dia tidak mempunyai anak dan tiada kuasa lain yang bersamanya. Ia disebutkan dalam surah al-Mukminun, ayat 91. Sekiranya terdapat dua tuhan, pasti masing-masing merebutkan makhluk mereka dan hendak menunjuk hebat serta mengalahkan antara satu sama lain.

Fitrah Bertuhan
Fitrah merasa diri bertuhan itu wujud dalam hati setiap manusia. Semua orang tanpa mengira agama mempunyai kecenderungan mancari Tuhan apatah lagi mempercayai kewujudannya.
Sejarah membuktikan agama dan kepercayaan menjadi salah satu ciri-ciri penting dalam pembentukan tamadun. Dalam tamadun awal, agama dan kerajaan mempunyai kaitan rapat. Apabila ada agama, pasti ada Tuhan.
Masyarakat pada awal tamadun sudah mula mencari Tuhan walaupun mereka percaya kepada banyak Tuhan atau polytheistic. Sepatutnya kita yang sudah menemui banyak keajaiban alam ini perlu lebih-lebih lagi mengakui kuasa yang mencipta segala yang ada di muka bumi ini.

Thursday, 16 June 2011
Kenal Tuhan, Kenal Kita
Kita sudah mengetahui siapa Tuhan berdasarkan nama-namanya. tetapi bagaimana kita hendak benar-benar mengenali Tuhan itu? Bagaimana kita hendak benar-benar yakin yang Tuhan itu adalah seperti 99 nama-Nya? Kita adalah manusia dan kebanyakan manusia memang perlukan bukti supaya benar-benar mempercayaiNya.
Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir,penutup kepada semua nabi yang diutuskan bagi membimbing manusia pada akhir zaman ini. Semua orang termasuk orang Barat bukan beragama Islam mengenali Nabi Muhammad kerana baginda begitu hebat dalam semua bidang.
Nabi Muhammad diiktiraf sebagai lelaki paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Michael H. Hart di dalam buku beliau iaitu 100 Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah meletakkan Nabi Muhammad di tempat pertama dalam sejarah mengatasi jesus Christ, Alexander the Great mahupun Buddha.
Nabi Muhammad pada awalnya juga tidak mengetahui adanya Tuhan. Semasa baginda bertapa di Gua Hira', baginda berusia 40 tahun. Baginda ke sana kerana tidak tahan dengan keadaan penduduk Quraisy yang jahil pada masa itu. Baginda ke sana dengan harapan dapat berfikir dan berjumpa sesuatu yang lebih relevan. Baginda juga berharap dapat berjumpa Tuhan yang sebenar bagi disembah.
Allah menurunkan wahyu pertama di Gua Hira'. Ayat pertama yang disampaikan melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah Iqra'bismirabbik iaitu bacalah dengan nama Allah.
Siapa Tuhan? Allazi khalaq, yang menciptakan manusia. Kenapa Tuhan menekankan Dia adalah yang mencipta manusia? Ini kerana, Dia hendak kita mengetahui yang kita mengetahui yang kita perlu mengenali diri terlebih dahulu sekiranya hendak mengenali Allah.
Man arafa nafsahu, faqad arafa rabbuhu. Siapa yang kenal dirinya akan kenal Tuhannya. Bagaimana hendak mengenali diri? Cuba kita tanya diri dengan soalan-soalan seperti ini :
Dari mana aku datang?
Di mana aku sekarang?
Apa yang perlu aku lakukan?
Ke mana aku akan pergi selepas ini?
Siapa yang mencipta aku dan alam ini?
Sekiranya kita mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan ini, pasti kita kenal siapa Tuhan. Ini disebabkan persoalan-persoalan ini membawa kita supaya merasai kita adalah ciptaan yang dicipta oleh satu pencipta.
Ada pula yang memberi persoalan begini. Sekiranya kita mencipta Tuhan, siapakah pula yang mencipta Tuhan? Jangan berfikir begitu. Kita tidak mendapat jawapannya kerana pemikiran itu di luar kemampuan manusia. Kewujudan Allah tidak sama dengan makhluk ciptaanNya.
Persoalan-persoalan mencari zat-zat Tuhan nanti didorong oleh syaitan. Bimbang nanti kita berfikir yang bukan-bukan dan membatalkan iman.
Abu Hurairah menceritakan yang Nabi Muhammad pernah berkata,"Manusia masih lagi tertanya-tanya sehingga dikatakan Allah menciptakan makhluk. Lalu mereka bertanya, siapakah yang menciptakan Allah? Sesiapa yang mendapati perkara itu ada dalam hatinya, maka hendaklah dia mengucapkan, aku beriman kepada Allah".

Subscribe to:
Posts (Atom)