Sunday, 19 June 2011

Tuhan Perlukan Malaikat?

Tuhan itu satu dan tidak lebih daripada satu. Agama-agama lain yang menolak logik ini sebenarnya salah faham. Mereka menganggap malaikat-malaikat itu sebagai Tuhan. Contoh-contohnya, penganut Hindu mempercayai jelmaan Tuhan.

Tiga dewa jelmaan Tuhan ini dikenali sebagai Trimurti (Tiga Penjelmaan) iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Sebenarnya mereka menamakan Tuhan mereka dengan malaikat yang menjalankan urusan Tuhan yang tertentu.

Dalam Islam, malaikat-malaikat itu yang sebenarnya dipertanggungjawabkan bagi menguruskan sebahagian kuasa Tuhan. Sekiranya tuhan itu maha berkuasa, kenapa Dia memerlukan malaikat? Tuhan tidak dapat membuat semua kerja sendirikah?

Tidak, Tuhan dapat membuat segala-galanya sendiri. Tuhan mencipta malaikat kerana itu prosedur pengurusan alam. Bukan Tuhan tidak mampu, sebaliknya kerana kemampuan Tuhanlah, Dia mencipta malaikat-malaikat bagi menjalankan urusan-urusan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad terjatuh kerana kelaparan. Malaikat Jibril melihatnya dan cuba membantu kerana kasihan dengan keadaannya. Dia cuba menghulurkan bantuan, tetapi Nabi menolak.

Nabi Muhammad mengatakan baginda tidak meminta selain daripada Allah. Baginda hendak meminta diberi suatu hari merasai kenyang dan suatu hari merasai lapar. apabila kenyang, baginda bersyukur. Apabila lapar, baginda tidak lupa pada Allah.

No comments:

Post a Comment