Kenapa Tuhan kita satu?
Kenapa Tuhan orang lain ada dua, tiga dan lebih daripada itu?
Bukankah Tuhan yang banyak itu lebih bagus daripada yang satu?
Tuhan itu satu. Sekiranya banyak, itu bermakna Tuhan tidak sempurna. Semakin banyak Tuhan, semakin berkuranglah kuasa Tuhan itu kerana terpaksa dibahagi-bahagikan sama rata.
Pemimpin juga hanya satu.Sultan cuma seorang. Perdana Menteri seorang. Ketua kelas juga seorang. Ketua kumpulan bagi projek kelas pun cuma seorang.Cuba bayangkan sekiranya terdapat dua ketua dalam kumpulan. Setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing. Ada sahaja idea yang berlainan dan bertentangan. Mungkin kedua-duanya masih dapat bersetuju. Tetapi ia tidak terjadi pada setiap masa.
Tuhan menyebut Dia tidak mempunyai anak dan tiada kuasa lain yang bersamanya. Ia disebutkan dalam surah al-Mukminun, ayat 91. Sekiranya terdapat dua tuhan, pasti masing-masing merebutkan makhluk mereka dan hendak menunjuk hebat serta mengalahkan antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment