Kita sudah mengetahui siapa Tuhan berdasarkan nama-namanya. tetapi bagaimana kita hendak benar-benar mengenali Tuhan itu? Bagaimana kita hendak benar-benar yakin yang Tuhan itu adalah seperti 99 nama-Nya? Kita adalah manusia dan kebanyakan manusia memang perlukan bukti supaya benar-benar mempercayaiNya.
Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir,penutup kepada semua nabi yang diutuskan bagi membimbing manusia pada akhir zaman ini. Semua orang termasuk orang Barat bukan beragama Islam mengenali Nabi Muhammad kerana baginda begitu hebat dalam semua bidang.
Nabi Muhammad diiktiraf sebagai lelaki paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Michael H. Hart di dalam buku beliau iaitu 100 Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah meletakkan Nabi Muhammad di tempat pertama dalam sejarah mengatasi jesus Christ, Alexander the Great mahupun Buddha.
Nabi Muhammad pada awalnya juga tidak mengetahui adanya Tuhan. Semasa baginda bertapa di Gua Hira', baginda berusia 40 tahun. Baginda ke sana kerana tidak tahan dengan keadaan penduduk Quraisy yang jahil pada masa itu. Baginda ke sana dengan harapan dapat berfikir dan berjumpa sesuatu yang lebih relevan. Baginda juga berharap dapat berjumpa Tuhan yang sebenar bagi disembah.
Allah menurunkan wahyu pertama di Gua Hira'. Ayat pertama yang disampaikan melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah Iqra'bismirabbik iaitu bacalah dengan nama Allah.
Siapa Tuhan? Allazi khalaq, yang menciptakan manusia. Kenapa Tuhan menekankan Dia adalah yang mencipta manusia? Ini kerana, Dia hendak kita mengetahui yang kita mengetahui yang kita perlu mengenali diri terlebih dahulu sekiranya hendak mengenali Allah.
Man arafa nafsahu, faqad arafa rabbuhu. Siapa yang kenal dirinya akan kenal Tuhannya. Bagaimana hendak mengenali diri? Cuba kita tanya diri dengan soalan-soalan seperti ini :
Dari mana aku datang?
Di mana aku sekarang?
Apa yang perlu aku lakukan?
Ke mana aku akan pergi selepas ini?
Siapa yang mencipta aku dan alam ini?
Sekiranya kita mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan ini, pasti kita kenal siapa Tuhan. Ini disebabkan persoalan-persoalan ini membawa kita supaya merasai kita adalah ciptaan yang dicipta oleh satu pencipta.
Ada pula yang memberi persoalan begini. Sekiranya kita mencipta Tuhan, siapakah pula yang mencipta Tuhan? Jangan berfikir begitu. Kita tidak mendapat jawapannya kerana pemikiran itu di luar kemampuan manusia. Kewujudan Allah tidak sama dengan makhluk ciptaanNya.
Persoalan-persoalan mencari zat-zat Tuhan nanti didorong oleh syaitan. Bimbang nanti kita berfikir yang bukan-bukan dan membatalkan iman.
Abu Hurairah menceritakan yang Nabi Muhammad pernah berkata,"Manusia masih lagi tertanya-tanya sehingga dikatakan Allah menciptakan makhluk. Lalu mereka bertanya, siapakah yang menciptakan Allah? Sesiapa yang mendapati perkara itu ada dalam hatinya, maka hendaklah dia mengucapkan, aku beriman kepada Allah".
No comments:
Post a Comment